• 61903?1440053482

About Us

COMPANY PROFILE

PJ FOODS INDUSTRIES SDN BHD merupakan sebuah kilang memproses tepung goreng ayam & rempah ratus milik bumiputera.PJ adalah singkatan bagi nama Peramu Jaya, dimana Peramu Jaya adalah tempat bermulanya penubuhan kilang ini iaitu pada tahun 1989 – untuk pasaran Pekan / Kuantan sahaja.
PJ FOODS INDUSTRIES SDN BHD adalah syarikat milik 100% bumiputera. Ianya merupakan syarikat Sendirian Berhad, yang dimilki oleh Pn Norehan Bt Mohd Nor. Mula ditubuhkan di Pekan, Pahang Darul Makmur kawasan Peramu Jaya dan pada tahun 2000, pusat operasi kilang telah berpindah ke bandar Indera Mahkota, Kuantan dan kini merupakan salah satu syarikat pengeluar produk berasaskan rempah ratus dan tepung goreng ayam di Malaysia.

Kilang di Indera Mahkota

Tahun 2005 hingga kini, syarikat telah berupaya menambah kategori produk kepada pes dan premix. Selain itu, produk syarikat juga diperluaskan ke pasaran seperti Giant , Carrefour, Tesco, Mydin dan Eksport ke Brunei.

Kilang di Peramu Jaya

Pada tahun 1990, kilang rempah ini dinaik taraf kepada PJ Food Store.
Pada tahun 2000, kilang ini telah berpindah ke Kuantan iaitu di Indera Mahkota 14. Syarikat telah meningkatkan pengeluaran kepada lebih 30 jenis produk dan mula meluaskan pasaran ke seluruh Malaysia.

Menu

See more

Copyright Panpages © 2015 All Rights Reserved